Friday, May 21, 2010

KUPASAN LENGKAP-STANZA CINTA

KUPASAN KESELURUHAN NOVEL - STANZACINTA

Epilog

Kisah bermula dengan kehidupan Amni Sorfina yang bekerja sebagai muallimah/guru disekolah kebangsaan agama. Ia memaparkan pengalaman yang dilalui dan langkah baru dalam hidup Amni selepas tamat belajar di universiti dalam jurusan senibina. Turut diceritakan juga kisah persahabatan Amni yang terjalin atas nama Allah bersama Kak Bee.

Dan dalam episod ini turut diselitkan juga pengenalan watak Irfan, iaitu bakal tunang kepada Amni. Disini pembaca akan tertanya-tanya bagaimana Irfan mula hadir dalam hidup Amni. Ada beberapa persoalan yang mula dibangkitkan disini. Irfan bukanlah lelaki yang Amni impikan selama ini untuk dijadikan suami pilihan. Irfan bukanlah cinta pertama Amni. Terlalu sukar cinta Amni untuk diberikan kepada Irfan.

Siapakah dia lelaki yang berjaya bertakhta di hati Amni Sorfina selama ini. Mengapa Amni akhirnya memilih Irfan sebagai tunangnya??

Ada perkara yang begitu sulit diterjemahkan. Begitu sukar diungkapkan. Jalan hidup Amni Sorfina yang penuh liku tatkala segala impian dan angannya jauh sekali dari kenyataan.

“Apabila mimpi jauh dari kenyataan, aku terpaksa berdiri menghadapinya dengan seribu kemungkinan”- Amni Sorfina

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bab 1 -universiti

Didalam bab 1, barulah kisah Irfan dan cinta pertama Amni dikupas. Kisah hidup Amni di universiti yang mula mempertemukan Amni dan Mohamad Irfan Ikmal. Amni yang tidak pernah membuka pintu hatinya untuk Irfan. Meski Irfan sedaya upaya membuktikan cintanya yang tiada sempadan buat Amni. Ternyata cinta Amni terlalu mahal untuk dimiliki.

Irfan seorang pemuda yang terlalu baik, tetapi dia bukanlah lelaki yang diimpikan Amni selama ini. Meskipun Irfan memilikinya segalanya, rupa yang kacak, baik dan kaya raya. Apa yang dicari Amni tiada dalam diri Irfan. Irfan lelaki yang tersangat baik. Tetapi kurang sekali ilmu agamanya, sedikit sekali tahunya tentang hukum-hukum islam. Malah watak Irfan yang manja serta tidak tahu berdikari menambahkan lagi benci dihati Amni.

Amni memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbingnya menyelusuri jalan dakwah, dapat mendidiknya menjadi wanita solehah, mendidiknya menjadi zaujah yang terbaik. Dia mahu dipimpin dan bukannya memimpin.

Dalam tempoh itu, hadir Taufiq Imran yang berjaya membuka pintu hati Amni. Mengajar Amni erti cinta sejati yang diredhai Allah. Taufiq Imran juga yang membawa Amni ke jalan dakwah. Jalan yang lebih mendekatkan dirinya dengan Allah.

Taufiq ialah lelaki impian Amni Sorfina selama ini. Hadir dengan jatidiri yang penuh karisma, seorang ketua pimpinan dalam jemaahnya, seorang vokalis nasyid, seorang qari yang sangat bagus, malah seorang lelaki yang sangat soleh dan tawadhuk.

Pertama kali Amni Sorfina jatuh hati pada Taufiq tatkala mendengar bacaan Surah Al A’raf yang dibacakan Taufiq dgn penuh merdu dan syahdu. Saat itu Amni berbisik, “Aku mencintai-Nya kerana Allah. Aku mencintainya kerana agama yang ada padanya. Jika dia menghilangkan agamanya, maka hilanglah cintaku padanya………”. Itulah saat pertama kalinya Amni Sorfina jatuh cinta. Itulah juga saat pertama kalinya Amni merasa dadanya bergetar hebat dengan cinta.

Sungguh sempurna……..sama sekali seperti yang diidamkan Amni selama ini. Inilah lelaki yang dicarinya sepanjang hayat ini. Yang ingin diserahkan cintanya selama ini. Bukan pada sembarangan lelaki. Taufiq itulah lelaki sempurna dimatanya, yang didambakan Amni untuk dijadikan teman hidup. Terasa lengkap sudah pencariannya selama ini.

Namun…..ternyata taqdir Allah tidak sama dengan kehendak Amni Sorfina. Disini dikupas dengan mendalam bagaimana Amni Sorfina berhadapan dengan saat yang paling sukar dalam hidupnya…..bagaimana Amni belajar tersenyum ketika berada dalam derita yang mengguris jiwa, belajar bersangka baik dengan segala taqdir Allah buat-Nya. Bagaimana Amni belajar untuk mengenal hakikat “redha”, sedangkan perkara yang paling diingin-ingnkan selama ini, yang sejak sekian lama baru ditemui…kini terpaksa dilepaskan pergi.
Subhanallah………..
Apakah orang-orang beriman itu menyangka mereka sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji??(Al Ankabut ayat 2-3)

Inilah harga yang perlu dibayar Amni. Syurga Allah itu bukan murah harganya. Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin itu dengan jiwa dan harta mereka..dan memberi mereka dengan syurga(At Taubah ayat 111).

Memang terasa peritnya, memang terasa pedihnya..Amni menelan segala yang terhidang untuknya dengan penuh rasa tawaduk dan istiqamah. Jalan yang disediakan Tuhan dihadapan sana pastilah lebih baik. Kerana Amni yakin, Dia perencana yang Maha Hebat. Usah ditangisi akan taqdir-Nya...usah dikesali akan keputusan-Nya.

Disamping masalah Taufiq dan Irfan...ada dugaan lain yang bertandang silih berganti. Sahabat Amni yg tersayang diambil Allah ke sisi-Nya. Seolah-olah tidak pernah surut dari hidup Amni perkataan “derita” dan “ujian”. Aimata menjadi teman sejatinya. Namun........jauh diatas segalanya, setiap perkara itu menghidupkan lagi benih cintanya kepada Allah.

Amni tidak mengalah dengan ujian yang mendatang, tidak berputus asa dengan apa yang bukan miliknya, malah tidak pula bersangka buruk dengan Allah yang meletakkan jalan derita buat-Nya.

Suatu hari, pernah tersungkur juga dia...tidak mampu berdiri lagi meneruskan langkah tatkala ujian terasa begitu berat dan melelahkan. Namun Allah Yang Maha Penyayang tidak pernah meninggalkannya. Malah terus-terusan memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya..sehingga Amni mampu bangkit semula meneruskan langkahnya. Allah adalah kekuatannya!!

Jauh dari segalanya Amni tahu, hati yang derita dan penuh kesedihan miliknya itu lebih lunak, dan mudah pula dekat dengan Allah. Itulah sebenarnya kehendak Allah. Agar Amni Sorfina lebih tabah..dan lebih memerlukan Tuhannya. Kerana manusia itu sering kali lupa pada Tuhannya ketika berada dalam nikmat dan kesenangan. Tetapi, dekat sekali dengan Tuhannya ketika berada dalam kesusahan dan derita.

“Ya Allah........kuatkanlah hati daku untuk selalu ingat kepada-Mu dan jadikanlah kesusahan yang kualami ini sebagai cara untuk aku mendekati-Mu” – Amni Sorfina
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

EPISOD AKHIR (Sambungan epilog)

Akhir sekali..apakah yg menanti Amni.Siapakah yang dipilihnya. Apakah Irfan yang menagih janji ataupun Taufiq yang ditunggu-tunggu selama ini ???

Taufiq tiba-tiba hadir semula dalam hidupnya setelah hampir 2 tahun sunyi dari hidup Amni Sorfina. Ketika itu Amni sudahpun bersedia dan mula membuka hatinya untuk memilih Irfan sebagai teman hidupnya. Mereka bakal bertunang sedikit waktu lagi.

Lelaki yg didambakan Amni untuk dijadikan teman hidupnya selama ini ialah Taufiq Imran. Lelaki pertama yang dicintai Amni Sorfina adalah Taufiq. Kemunculan semula Taufiq seolah-olah membuka kembali lembaran baru dalam hidupnya. Ternyata selama ini Amni belum pernah melupakan Taufiq apatah lagi menyingkirkan Taufiq dari hatinya. Segala kisah silam yang terjadi bukan salah Taufiq. Amni tiada sebab untuk membenci Taufiq, malah tiada sebab pula untuk melupakan Taufiq. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga.

Akhirnya Taufiq memang benar-benar kembali dalam hidupnya. Bunga-bunga cintanya terasa kembali mekar…semekar cintanya pada Taufiq yang tidak pernah padam.

Tetapi mampukah Amni memungkiri janjinya pada Irfan. Mampukah Amni Sorfina menjadi pendusta dan munafiq. Yang mana apabila berjanji dia melanggar janjinya. Janji Amni untuk membawa Irfan mengenal Allah dengan lebih dekat, membimbing Irfan ke jalan dakwah, mengajar Irfan menjadi lelaki yang diadun dengan Al Quran.

Sedikit demi sedikit Amni nampak Irfan mula berubah. Amni lihat kesungguhan Irfan dalam berusaha. Amni tahu kejujuran hati Irfan. Tenyata Amni juga tiada sebab untuk menolak Irfan begitu sahaja. Tidak tergamak untuknya mematahkan sekeping hati yang begitu tulus dan suci mencintainya. Saat berita buruk menimpa keluarga Irfan..Irfan lebih memerlukannya. Irfan lebih perlukan sokongan dan dokongan dari Amni.

Lalu, apakah pilihan yang Amni miliki. Kedua-duanya lelaki yang terlalu baik..terlalu baik untuk disakiti hatinya. Tetapi Amni harus memilih kerana dia tidak bisa memilih keduanya. Ada hati yang akan terluka..ada jiwa yang pasti terguris.

Amni perlukan seorang suami yang mampu membimbingnya..bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Kerana dia hanya seorang wanita yang dijadikan dari tulang rusuk seorang lelaki. Baginya, lelaki itu adalah pemimpin. Pengemudi bahtera yang bakal dinaikinya.

Tetapi, dalam masa yang sama Amni merasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dikorbankan perasaan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah. Cinta itu bukan kerana terpaksa dan kasihan…..tetapi Amni tidak mampu mengatakan perkara sekejam itu kepada Irfan………!!

Siapakah yang akhirnya dipilih Amni Sorfina. Keputusan yang harus dibuat bukan sembarangan. Sekali lagi taqdir mengujinya. Tegakah dia melukakan hati seseorang demi memenuhi impian dan kehendak hatinya selama ini.

Akhirnya........kepada Allah jualah Amni Sorfina merintih, mengadu dan mohon petunjuk terbaik. Amni mencari nur cinta Tuhannya.....kerana dengan cahaya cinta itu sahaja bisa menjawab segala persoalan hidupnya. STANZA CINTA adalah perjalanan Amni Sorfina dalam mencari Nur cinta Illahi. Demi mendapatkan cinta makhluq-Nya…terlebih dahulu harus dicari cinta yang hakiki. Cinta yang tidak pernah surut atau berkurang itu pastilah cinta dari illahi..malah sering bertambah meskipun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Sekian..STANZA CINTA nukilan dari Nurull Halawati Haron (Halawatul Iman). Tuhan…….ku mencari-mencari cinta…akhirnya ku temui cahaya cinta sejati milik-Mu. Ingin ku peluk cinta dan rindu ini…biar tidak sekali-kali Engkau jauh dariku. Ingin ku nyatakan pada dunia...aku bangga menjadi makhluk-Mu!!Aku bangga menjadi khalifah yang dicintai-Mu.

Friday, April 9, 2010

TIDAK KU IMPI YG SEMPURNA..KERNA HIDUP INI SALING MELENGKAPI

Tidak Ku impi…..

Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,

Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,

Aduhai bakal suamiku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…

Amien…

STANZA CINTA 2010@AMNI SORFINA

Thursday, April 8, 2010

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

"Seandainya engkau tahu berapa lagi umurmu yang masih tersisa,
Maka engkau akan melupakan angan-angan panjangmu.
Wahai manusia, dengan kesihatan yang Ku berikan kepadamu,
Engkau kuat untuk mentaati Aku,
Dan dengan Taufik yang Aku anugerahkan kepadamu,
Engkau dapat menunaikan tanggungjawab kepadaKU juga,
Dengan rezeki yang Ku curahkan kepada mu juga,
Engkau kuat berbuat maksiat kepada KU.
Dan dengan kemahuan yang ku berikan kepadamu,
Engkau dapat berkehendak apa yang engkau inginkan
Dan dengan iradahKu engkau mempunyai kemahuan bagi dirimu,
Dan dengan nikmat Ku engkau boleh berdiri, duduk dan pulang;
Dan dengan pemeliharaanKU engkau dapat berpagi pagi dan berpetang-petang,
Dan kerna kurniaanKU engkau hidup, ; dan didalam nikmatKU engkau boleh berpusing,
Dan dengan kesihatan yang KU berikan, engkau dapat berhias,
KEMUDIAN ENGKAU MELUPAKAN AKU DAN MENGINGAT SELAIN KU?...
MENGAPAKAH ENGKAU TIDAK MENUNAIKAN HAK-HAK KU DAN MENSYUKURIKU"

(dipetik dari pengajaran ke 20) NASIHAT DAN BIMBINGAN HADITH QUDSI IMAM AL-GHAZALI

Bismillahirrahmanirrahim….alhamdulillah hari ini ana masih lagi diberi nyawa oleh Allah..untuk meneruskn lagi kehidupan ini. Untuk menunaikan segala tangungjwb yg telah diamahkan olehNya…tanggungjawabku sbg seorang hamba, sbg seorang ummat, sebagai seorang anak.

Baru-baru ini semasa ber KBM di Rawang, ana diuji Allah. Bila sakit baru terasa nikmatnya sihat itu. Mmg manusia itu jarang beryukur, jarang menghargai sesuatu hingga ia hilang dimata..hingga bila nikmat itu ditarik, barulah tersedar dan terasa betapa indahnya nikmat itu. Tidak perlu melihat jauh, hanya lihat pada nikmat gigi yang dberi Allah pada kita. Semasa cukup semua gigi, senang nak makan, senang nak mengunyah…….jarang sekali kita mengucap syukur akan nikmat ini. Tapi, bila udah tua, gigi pun semua dah tiada, nak makan susah..nak kunyah pun tak boleh…bila semua dah tak boleh nak guna, baru terfikir”Alangkah indahnya nikmat bila ada gigi..”. Hurm..begitulah ibaratnya kita semua degan semua nikmat yg dianugerahkan Allah. Kita tak kan pernah mengenal erti syukur selagi nikmat itu belum diambil dari kita. Astaghfirullah hal adzim.....

Ana menangis mengenangkan diri yang jarang bersyukur. Diri yg selalu alpa bila tidak diuji. Namun ana tidak pernah lupa pada saat ana diserang Deman Denggi 3 tahun yg lalu...saat ana merasa semakin hampir dgn kematian..tidak mampu untuk bangun..badan semuanya terasa lelah dn letih...saat itu ana ada terfikir.. “Subhanallah.,.indahnya rasa sihat itu. Selama ni ana rasa sihat tapi tak pernah bersyukur dengan nkmat itu. Terlupa ana bahawa nikmat itu bisa ditarik Allah bila-bila pun yg Dia mahu”.

Lalu saat itu ana menangis teresak2 kerana malu amat pada-Nya. Sebenarnya selagi kita masih sihat, masih mampu berjalan, mampu berkata-kata, mampu mendengar, mampu bekerja dgn baik.mampu belajar..semuanya itu nikmat yg dipinjam ALLAH untuk kita. Bukan dgn sendirinya kita mampu berdiri dan melakukan semuanya. Kita tidak mungkin melakukan semuanya degn sendiri….semuanya kerana nikmat dan pertolongan Allah yg Maha Penyayang…!!! Tetapi hamba Allah..iaitu kita semua terlalu bongkak walau hanya untuk berterima kasih dn bersyukur padaNya yg Pemberi segala nikmat………….!

Baru-baru ini semasa KBM di Rawang ana diserang sakit gastrik. Dah lama rasanya tidak diserang gastrik. Petang tu ana berasa perut agak tidak selesa dan tidak berselera untuk makan. Kebetulan menu ptg itu gulai lemak. Ana mmg tidak gemar masak gulai lemak. Lalu petang itu ana tidak makan apa2. fikir ana mungkin tiada apa2 yg terjadi. Tetapi lain jadinya, bila maghrib tu dah terasa pedih perut. Selesai solat maghrib, ana minta tolong pada Mak Ndak yg kebetulan hendak ke kedai makan utk belikan susu panas. Selalunya bila gastric minum susu boleh kurangkan sikit rasa pedih perut. Tetapi ternyata tidak menjadi. Malam tu lepas solat isyak..apabila program mula berjalan…perut terasa makin pedih dan sakit kepala. Angin dah naik ke kepala..selalunya kalau mcm tu mmg dah teruk. Ana minta panadol pada fasi untuk menghilangkan rasa sakit..tetapi tidak berkesan. Malah lebih sakit kerana ana makan ubat dengan perut yang kosong. Akhirnya pada pukul 2pagi Pak Ndak dn Mak Ndak membawa ana ke klinik 24 jam. Pada mulanya ana tidak mahu menyusahkan mereka, tetapi kata Pak Ndak jika dibiarkan mmg lagi bahaya. Terima kasih byk2 pada Pak Ndak dan Mak Ndak yg telah bersusah payah membantu ana. Jazakumullah khairan kathira.

Semasa dlm perjalanan ke klinik, ana tiba2 terbayang pd wajah sahabat karib ana, Arwah Umairah. Dia meninggal kerana kanser perut. Malah sewaktu KBM di Hulu Langat minggu lepas, ada seorg fasi akhwat, Adik Fatimah yg menegur ana. Katanya muka ana mengingtkn dia pada seseorg. Katanya seperti Kak Umairah. ana juga punya kwn baik yg telah meninggal bernama Umairah. malah kwn2 juga ramai kata muka ana sama dengan arwah. Rupa2nya kami bercakap ttg org yg sama. Arwah Umairah merupakan kakak usrah kpd Fatimah. Subhanallah…………

Lalu semasa dlm perjlanan, ana bersembang bersama Mak Ndak ttg kwn baik ana yg meninggal krn kanser perut. Cerita punya cerita, rupanya Mak Ndak kenal juga dgn arwah Umairah. dia anak kpd akhwat JIM juga. Subhanallah..ramai org yg mengenalimu sahabat. Ana benar-benar rindukan dia……sehingga pernah beberapa kali ana bertemunya dlm mimpi. Dia tersenyum indah memandang ana……..ternyata umairah berbahagia disana. Ya Allah..lindungi sahabatku disana………ketemukan kami disyurgaMu ya Allah…ajari daku berakhlak mulia dan solehah seperti sahabatku itu. Dia antara sahabat terbaik yg pernah kukenali..yg sehingga kini ku kagumi kebaikannya. Kesolehannya…

Akhir kata…….ku bersyukur dengan nikmat sihat ini ya Allah. Dengan nikmat KEHIDUPAN ini ya Allah. Aku masih bernyawa hingga kini ya Allah..jantung ini masih berdetak ya Allah...syukurku padaMu ya Rabbi kerana masih memberi aku ruang kehidupan untuk aku menunaikan segala amanah yg dipertanggujawabkan padaku. Paling utama tggungjwb sbg khalifah-Mu...............Jadikan kehidupan ini tempat untuk aku menambah sebanyak-banyak amal padaMu..dan jadikan kematianku sebagai istirehat daripada melakukan dosa-dosa. Amiin.........

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Wednesday, April 7, 2010

KISAH AKU DAN NENEK TUA-part 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ni ada waktu senggang yg Allah berikan. Sesuailah untuk menulis sedikit..hari ini aku ingin menyambung ceritera cinta..antara aku dan seorg nenek tua di pinggir taman..

Kejadian berlaku ketika aku dan sahabat karib, Auni namanya. kami dlm rangka mahu ke perpustakaan intec di syeksen 7, shah alam. Berikut catitan dn coretan kisah yg menjadi hari paling aku ingati hingga ke saat ini.

x x x x x x x x x x x x x

Tgh hari jumaat..cuaca panas membahang dgn ganasnya. Panas yg luarbiasa kurasakan tika itu. Selepas membayar duit tambang bas mini, aku dan Auni melangkah turun di kawasan taman permainan yang berdekatan dengan kawasan perumahan. tujuan utama kami adalah untuk pergi ke perspustakaan yg terletak di dlm INTEC..tempat utk pelajar2 yg melanjutkn pelajaran ke oversea. perpustakaan disitu lebih banyak menyediakn buku2 construction berbanding perpustakaan di fakulti ku sendiri (Faculty of Architecture and surveying).

melilau mataku memandang suasana kawasan perumahan yg sunyi sepi ketika itu. Tiada seorg pun yg lalu lalang. Kupandang langit yg terbiru membentangkn wajahnya. Langit bewarna putih dn cerah! tiada awan...tiada mendung..terik seteriknya mentari memancarkan sinarnya.

"Nurull, perpustakaan tu kat hujung sana. kita kena lintas kawasan perumahan ni...kt hujung tu baru ada pagar INTEC.", jelas Auni sambil mengelap-ngelap peluh dimukanya yg meleleh.

Aku menarik nafas panjang. Dah la panas..nk jalan jauh lagi..ya Allah..berikanlah daku kekuatan,..huhu..berjuang mana ada yg mudah!!
Aku bermuhasabah sendirian lalu tersenyum dan memulakan langkah perjuangan!!

Kami mula berjalan menyelusuri kawasan padang permainan. Rumah-rumah flat 5 tingkat yg bersusun di kiri dn kanan sunyi sepi. seolah-olah tiada penghuni. "kemana pergi semua org ye..", hatiku gusar memikirkn keadaan yg terlalu sunyi dan sepi ini.

Tiba-tiba..langkah kakiku dn auni terhenti!! Kami sama-sama tersentak dan saling berpandangan.

"Nurull..apa kat depan tu ye??", tanya auni kaget.

Aku mendiam tidak menjawab..dan terus memerhatikan "sesuatu" objek yg sedang bergerak perlahan menghampiri ke arah kami.

Sekonyong-konyong dibawah mentari yg terik itu...aku cuba mengamati makhluk itu. Terkelip-kelip mataku menahan teriknya mentari sambil mencuba utk melihat dgn lebih jelas objek dihapan. Jalannya sedikit terhuyung hayang..dari jauh kelihatan sprt sgt tidak terurus..dengan rambut yang serabai tidak bersisir.

"La..uni..ada org la kt depan tu....", kataku perlahan sambil memandang auni.

"ish..macam orang mabuk jer. Nurull, jomlah lari..kang dia buat ape2 kt kita..", saran auni sambil menarik tanganku.

"nanti la dulu..jap2..tgk betul2..mana tahu org tu tgh susah ke..sakit ke...", aku mmberi saran sambil masih berdiri ditempat tadi.

Semakin orang itu menghampiri tempat aku dn Auni sedang berdiri....semakin jelas bentuk rupanya kulihat. Serta merta air mukaku berubah. terkejut melihat insan yg berdiri dihadapanku itu....Rupanya dia seorg insan yang sudah terlalu tua dan uzur..seorg nenek tua berbangsa india. wajahnya kusut masai...rambutnya berserabai tidak terurus..baju tidur berbunga biru yg dipakainya lusuh dan kotor, ditangannya tergantung beg plastik lusuh bewarna merah. kulihat isi didalamnya seperti daun sirih yang sudah lama.

"Uni..kesiannya nenek ni. jomla kita tolong dia..kenapa dia merayau sorang2 kat sini ye..tgh2 panas terik cmni..", kataku pd Auni sambil terus menghmpiri kearah nenek tersebut.

"Nek..nek..nak kemana ni tgh2 hari mcm ni..nek nak pergi mana?, tanyaku perlahan sambil memegang tgn nenek tersebut. Jauh disudut hati..aku teramat-amat simpati padanya. Ada dua hal yg sering buat aku mudah tersentuh..iaitu melihat kanak-kanak dn orgtua..entah kenapa aku begitu cepat sekali sayu, dn sebuah perasaan halus yg muncul entah bagaimna rasanya..setiap kali menatap wajah mereka..polos dn suci..Seringkali juga bila melihat wajah org tua, mengingtkn aku pd arwah atuk tersayang. dia meninggalknku pd usianya 80thn..dn ketika itu aku berusia 12 tahun. sambil menangis2 aku mengejut atuk yg sedang lena..aku tahu atuk sudah meninggal, tetapi aku masih berharap ada miracle..dn atuk tiba-tiba bangun..

kenangan lama ketika atuk meninggal bermain diruang mataku...sebelum makin panjang aku berfikir ttg atuk...lebih baik aku cepat2 lupakannya dn meymbung kisahku dgn nenek tua dihadpanku ini.

Nenek india itu tidak menjawab soalanku.sebaliknya dia hanya tersenyum panjang menampakkan gusinya yg licin tiada bergigi. aku dan auni berpandangan sesama sendiri.

"Nek..nak pergi mana ni.."? tanyaku lagi sambil memandang tepat ke mukanya yg kelelahan akibat sudah berjalan terlalu jauh.

Dia masih diam seribu bahasa. Perlahan-lahan dikeluarkan sekeping kad putih yg lusuh dari poket bajunya. lalu diserahkn kad itu padaku.

Aku membelek-belek kad putih yg diberikan padaku. Diatas kad itu tertulis satu tulisan kecil yg hampir terpadam.."KARUPPIAH".

"nenek jual maruku ke?", tanyaku pd nenek itu. Aku fikir karuppiah itu sejenis maruku..kerana hampir2 sama bunyinya..hehe..

Nenek itu menggeleng-gelenggkan kepalanya dgn laju.

La...bukan maruku ke..abis tu apa ..", fikirku dlm hati sambil terus membelek-belek kad putih itu. Kemudian aku melihat nombor telefon rumah tertera dibawah nama karuppiah itu.

"Ooo..nenek nk suruh sy call Karuppiah ye"?, tanyaku laju.

Nenek itu mengangguk2 sambil tersenyum. huhu..nk suruh call rupanya. aku tersenyum sendirian. Mungkin nenek ini tidak pandai berbahasa melayu..ataupun dia bisu..ish2..kesiannya..

Kebetulan hp ku tiada kredit..auni juga sama. Maklumlah waktu belajar. hp jarang bertop up..nk jimat duit. Aku melihat suasana sekeliling utk mencari public phone...

Kurang lebih 30 langkah dari tempat kami berdiri, ada sebuah pondok telefon. aku memimpin nenek itu menuju ke public phone. Sampai disitu, terus aku keluarkn kesemua syiling yg kumiliki...adalah lebih kurang RM2.50. cmpur duit auni sekitar RM4.00 syiling ditanganku.

Aku terus mendail nombor Karuppiah sprt yg tertera...terdengar nada dering di hujung talian. dan tidak lama selepas itu, panggilan dijawab oleh seorg lelaki.

"hello..en.karuppiah ada," tanyaku sopan.

"Ha?? En Karuppiah..mana ada. ni rumah org melayu la..", jawab seorg pemuda dgn kasar.

"ha..rumah org melayu.Tapi dlm kad ni ada nama karuppiah,," tanyaku lagi inginkn kepastian.

"mana saya tahu. tapi ini mmg rumah org melayu.mana ada karuppiah.."

"erm..mungkin dulu en karuppiah tu tiggal situ kot sebelum dia pindah....", jawabku meneka

"Hei..saya dah duduk kat rumah ni sejak 20 tahun dulu..mana ada org india duduk sini..", bentak pemuda itu dgn garangnya.

Ei..garangnya..cakap la baik-baik..", aku sekadar berbicara didalam hati lantas mengucapkn salam dn terus meletakkan gagang.

"Erm,mungkin tersalah tekan nombor. call lagi sekali la..", fikirku sambil mula mendail nombor diats kad tadi. Namun suara yg sama mengangkat. Laju aku meletakkan gagang..sebelum kena marah lagi.

Pening aku memikirkn keadaan nenek ini. Gimana caranya nk cakap dgn karuppiah...lantas aku membelek-belek lagi kad lusuh itu utk mencari clue lain. Dan dibahagian belakang kad itu..ada satu nombor telefon hp yg hampir-hampir tidak kelihatan. Aku mencuba nasib dan mendail nombor hp itu.

Panggilan itu berjawab. Suara seorg lelaki dihujung telefon.

"Hello..MR karuppiah ada",tanyaku perlahan. bimbang andai tersalah nombor lagi.

"Iya..Karuppiah speaking..", jawapannya itu mmbuatkn aku tersenyum lega. Wujud juga KAruppiah ini rupanya. lantas aku menceritakan ttg nenek yg kehilangan arah ni...terus lelaki itu minta aku mmberikn gagang kpd nenek itu.

nenek india itu mula berbicara panjang dalam bahasa india bersama en karuppiah. bersungguh-sungguh dia bercerita dengan tangan yg diangkat2 spert Karam Sigh Walia...seoalh2 mnceritakan bagaimana dia sesat dn tidak jumpa jalan pulang. lalu merayau-rayau disitu tak jumpa jalan..(aku menduga-duga apa yg dia bualkan berdasarkn gayanya..)

Semakin lama dia berborak2 dengan panjangnya..satu demi satu duit syiling ku masukkan...hingga telah habis kesemuanya. Panggilan dari public ke hp memang laju..duitnya turun laju macam air..

Akhirnya..Duit syiling kami telah kehabisan..aku dn Auni saling berpandangan.

"nek..nek..duit dah habis..panggilan pun dah terputus..", kataku perlahan pd nenek yg masih bercakap2 dlm telefon..huhu..

Dia kemudian terus menyerahkn gagang itu padaku sambil tersenyum lega. Diwajahnya terpancar sebuah kebahagiaan dn kegembiraan.

"mungkin masalah dia sudah selesai..". tekaku lagi.

"nek...macam mana? Karuppiah nk datang ke? Dia nk jemput nenek ke?", tanyaku dgn lembut.

Sprt tadi..nenek itu tidak menjawab..dn hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum. Memang dia tidak pandai berbahasa melayu agaknya.

"ok..kalo cmtu, karuppiah nk jemput nenek dimana?", tanyaku lagi. tidak mungkin aku meninggalkn dia keseorangan disitu.di tgh bahang mentari yg menggila.

nenek itu menunjukan sebuah kerusi batu yg terletak di bawah pohon. mungkn disitu karuppiah akan menjemputnya. lalu aku memimpin nenek itu ke kerusi yg ditunjukkan.

"nenek duduk sini ye..tunggu sampai karuppiah datang. Saya nk kena pergi library ni..kejap lagi library tutup,", jelasku pada nenek yg masih tersenyum memandangku. Aku juga tersenyum dn senang hati melihat wajahnya yg ceria kembali.

Nenek mengangguk-anggukn kepala tanda faham dgn arahan yg kuberikan pdnya supaya jgn merayau-rayau dn hanya mennuggu disitu.

"ok ye nek..sy pergi dulu..", kataku sambil perlahan memegang tangannya utk bersalam. nenek itu kemudian perlahan-lahan bangun dari kerusinya dn mnghmpiriku..perlahan-lahan dia tunduk ke tanah sambil memegang hujung kain baju kurungku..

"Eh..nek..buat apa ni?", aku terkejut sambil spontan bergerak ke belakang 2 langkah. Nenek ni nak selak kain aku ke..ish..ish.biar betul..", fikirku dlm hati.

nenek itu menghmpiriku dn kemudian terus sujud ke tanah sambil memegang kedua-dua belah kakiku.

"MasyaAllah.......", aku tersentak hebat sambil memegang bahunya. Babak itu sama sprt dlm cerita-cerita hindustan..dimana org muda yg dtg melawat org tua..atau ibunya..dia akan dtg dn sujud di kaki mereka. Nenek itu melakukn adengan dlm drama2 hindustan yg sering ku lihat dikaca tv.

"ya Allah..kenapa nenek ni sujud pada aku pulak..?", aku terkejut amat sambil mengangkat dia bangun. sambil itu aku perhatikn jua suasana sekeliling ..moga2 tiadalah org yg melihat aksi yg sgt luarbiasa itu, Pastilah org yg melihat akan pelik...seorg tua yg uzur sebegitu sujud padaku penuh hormat.

"Nek..nek..bangun la, tak perlu sujud2 mcm ni.." rayuku sambil masih mengangkat dia supaya bangun. lama dia sujud dihadapanku sambil memegang kakiku. ish2..nk nangis dibuatnya. Auni juga terpinga-pinga menyaksikan aksi nenek itu.

Akhirnya perlahan-lahan dia bangun sambil tersenyum lebar padaku. wajahnya terpancar kesayuan..matanya berkaca-kaca. Dia benar2 melahirkn rasa terima kasihnya padaku...sampai sebegitu sekali!!

Aku sangkakan aksinya telah habis disitu...rupanya tidak. Dia mengambil tangan kananku..dan mengucup-ngucupnya bertalu-talu..macam seog rakyat jelata yg mencium tangan tuan puteri. sambil mengucup-ngucup tanganku dia mengucapkan "terima kasih..terima kasih..".

"ya Allah...nenek ni..buat apa lagi!!", aku lantas menarik tanganku dgn lajunya.

"nek..takpe..tak perlu berterima kasih sampai mcm ni sekali. sy tolong sikit je tadi...Dah, skrg nenek duduk disini ye tunggu karuppiah..", kataku perlahan dlm kesayuan. nenek itu benar2 melahirkn terima kasihnya padaku. mungkin telah begitu lama dia sesat,,,dan tiada org yg mahu menolongnya. Sama ada org menganggap dia gila ataupun mabuk.

Akhirnya nenek itu pun duduk semula di kerusi tadi sambil masih memegang tanganku. basah tanganku yg dikucupnya...huhu...

Akhinya aku melangkah pergi meninggalkan nenek itu dijemput Karuppiah. Dari tempatnya aku berjalan meninggalkannya perlahan-lahan..dia masih melambai-lambaikan tangannya padaku.

sama juga denganku...melambai-lambai pdnya sehinggalah dia hilang dari pandangan mata.

HAtiku tersayat..sayu yg teramat. nenek yg separuh abad itu bersujud padaku!! Kasihan sungguh aku padanya....kerna sehingga ke hujung usianya..dia masih tidak menemui Tuhan sebenar yg harus disujudkan kepalanya..tuhan sebenar yg harus disembamkan wajahnya.

Dia tidak perlu sehingga sujud padaku sedemikian rupa..tidak perlu mengucapkn terima kasihnya sampai sebegitu sekali.
Kasihan sungguh aku padanya...alangkh baiknya jika nenek itu kenal Allah...tahu bersujud pd tempat yg betul..Aku bersimpati padanya...kerna sehingga ke hujung usianya.....dia sujud pada yg salah. Malah sepanjang hayatnya dia sujud pd patung yg dicipta oleh makhluk yg bernama manusia. Lalu patung yg dicipta dan dihias cantik itu disembah pula dn dianggap Tuhan.

Sejuta syukur ku panjatkn pada-Mu Ya Allah ..Tuhanku yg Esa...Aku punya Allah yg sering ada menemani langkah dn lelahku. Aku punya Allah yg sering hadir dlm setiap langkah perjuanganku. meski tidak mampu dilihat..namun hambaNya mampu merasa kehadirannya dgn mata hati IMAN yg dianugerahkan kpd kita. Ibarat angin yg tidak bisa dilihat..tetapi kita mampu merasai kedinginan dan kehadirannya...Subhanallah.....

Terima kasih Ya Allah.........kerna aku terlahir sebagai ISLAM, kerna aku mengenaliMu dgn lebih dekat..dan kerna aku diberi peluang merasai nikmatnya IMAN ini.

sekian kisahku bersama seorg nenek tua berbangsa india. moga-moga Allah selalu menunjukkan cahayaNya kpd mereka yg masih mencari cahaya cinta-Nya.amiin

Tuesday, April 6, 2010

KISAH AKU DAN NENEK TUA-part 1

Bismillahirrahmanirrahim........
Alhamdulillah, hari ini masih berkesmpatan untuk menulis lagi. terngiang-ngiang di telinga kata-kata dari kak Nina KBM..kita terlalu boros dengan waktu...moga2 setiap waktu yg telah berlalu tidaklah aku sia-siakan ia..amiin

Hari ini, demi memenuhi waktu yg sedikit lengang..terasa ingin pula mencoret sepatah dua kata. Sedang duduk-duduk melayan kenangan lalu..tiba-tiba terbayang pada wajah yang telah begitu lama..namun masih dapat aku membayangkannya dengan baik. meski dia bukan seseorg yg dekat dengan denganku..malah tidak pula aku tahu namanya..tetapi wajah tua itu masih kuat melekat dlm kotak fikiranku.

kenapa dia terlalu memberi kesan dlm hidupku? Sehingga ke saat ini wajah itu tidak mampu kulupakan..sebuah wajah tua yg tersangat tua...kedutnya seribu membayangkn usianya...langkahnya longlai namun laju dn penuh tenaga...

Hurm..itulah nenek tua berbangsa india yg punya kisah yg sgt2 tragis ketika kutemui..kisahku dengannya berlaku sgt istimewa dlm suasana yg sgt ironi. Didalam Stanza cinta..aku memuatkan kisahku bersama nenek tua ini..namun telah di buang bahagian itu oleh editor krn terlalu panjang dan jika pun babak itu dibuang..ianya tidak mencacatkan jalan cerita..huhu..aku setuju...

Namun..hari ini aku masih tetap ingin bercerita kisah nenek tua itu...masih tetap ingin berkogsi kisah istimewa yg telah ku lalui bersama nenek tua berbangsa india itu. Kerana sehingga ke saat ini..aku masih tersenyum sendirian mengenangkn peristiwa lucu namun penuh iktibar utkku renungi dn pelajari. ...

Jeng..jeng..jeng...ikuti kisahku bersama si nenek tua pada post yg kedua...:p

wassalam

Thursday, April 1, 2010

PERASAAN INDAH ITU BAGAIKAN SEBUAH MIMPI...



Bismillahirrahmanirrahim


Sejuta kesyukuran ku panjatkan kepada Illahi....atas segala nikmatNya yg terlalu banyak buatku hingga ke detik dn saat ini. Moga2 aku kan terus menjadi hamba-Nya yang tahu bersyukur serta tahu berterima kasih pada-Nya...alhamdulillah Ya Allah...untuk segalanya dariMu.


Sekadar sedikit coretan dn nukilan dari hati...apa yg aku rasa? perasaanku ketika majlis pelancaran novel STANZA CINTA. Setelah hampir setahun menunggu.....akhirnya STANZA CINTA berada di pasaran..hanya satu yg bisa aku ungkapkan ketika berdiri di pentas itu....."APAKAH INI MIMPI YA ALLAH...?"


Bila sesuatu menjadi sgt indah dan membahagiakan..terasa seperti sedang bermimpi dn tidak berpijak dibumi yang nyata. Perasaan sama yg aku rasa ketika namaku disebut diruang besar dewan konvokesyen UITM. ketika berjalan menuju pentas untuk menerima scroll...aku juga merasa seperti sedang bermimpi..dn dalam hatiku berdetak hebat.."Emak...ayah...ini hadiah paling istimewa utk kalian!!".


Ketika majlis pelancaran novel ini juga aku pasti mahu sgt2 emak dan ayah berasa bahagia. Dalam novel itu juga ada aku muatkan satu episod khas utk emak dan ayah...apapun yg aku lakukan..apapun yg aku korbankan...sering aku berniat kerana ALLAH....juga kerana EMAK dn AYAH.


Perasaan sayu sering bertakung dlm hati tatkala terbayangkn wajah emak dan ayah.....entah kenapa wajah itu sangat2 menyentak tangkai hati....sebuah kerinduan dn kasih sayang yg tidak terungkap utk diucapkan. Airmata ku sering mengalir sayu tatkala merenung wajah ayah atau emak yg sedang tidur. tenang ku tatap wajah mereka...hari makin berganjak..detik laju berjalan meninggalkan zaman2 yg berlalu...selalu aku bertanya pada diri..apakah yg telah aku berikan untuk mereka hingga ke saat ini? Apakah mereka berbahagia denganku? Apa lagi yang perlu aku lakukan untuk mereka demi memastikan senyuman bahagia itu kan sering terukir di wajah tenang milik ibu dan ayahku....


Emak...ayah..aku rela seluruh bahagia milikku ini diberikan untuk kalian....dan aku juga rela andai semua duka kalian diberikan kepada ku...kerna aku tidak punya apa-apa yg dapat diberikan melainkan sebuah doa dan cinta yang terlalu besar buat kalian.


Moga Allah kan selalu menjaga...melindungi dan menyayangi emak dan ayah.....lebih banyak dari segala kebahagiaan dn kasih sayang yg emak dan ayah beri kpd akak....dn moga Allah selalu mengukir senyuman di wajah emak dn ayah...kerna ku cintakan senyuman itu, ku rindukan senyum dn tawa kalian..yg bisa menghapus segala duka dn laraku..yg bisa menyapu segala airmata lelahku.....di sepanjang perjalanan ini. HIngga nafas terakhirku......emak dan ayah adalah insan yg paling kucintai, selepas Allah dan rasulku.


Emak....akak sayaaaang emak!!
Ayah...akak sayaaaaaag ayah!!


Sekian, nukilan dari seorg insan yang bergelar anak......Nurull Halawati bt haron. Stanza Cinta 2010


Saturday, March 20, 2010

Lagu Stanza CInta





Lagu Stanza Cinta | Music Upload

Nama lagu : Stanza Cinta
Lirik          : NurullHalawati / Dodi Hidayatullah
Nyanyian   : Dodi Hidayatullah

Datanglah beramai-ramai ke Majli Pelancaran Novel Stanza Cinta 
Tempat : PWTC 
Tarikh   : 21/3/2010(Ahad) 
Masa    : 12.00pm - 1.00pm.
  • Penampilan Istimewa Dodi Hidayatullah. Nyanyian secara live.

Thursday, March 18, 2010

Doa Amni Sorfina

Tuhanku . . .


Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan
menjadi bahagian daripada hidupku

Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih
daripada segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan aku pada
posisi keempat dalam hatinya
setelah Engkau, Rasul dan umminya

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri tetapi untuk-Mu.
Wajah tampan dan daya tarik fizikal
tidaklah penting

Yang penting adalah sebuah hati
yang sungguh mencintai dan dekat dengan-Mu
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu
ada pada dirinya

Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan
untuk apa ia hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang yang memiliki hati yang bijak,
tidak hanya otak yang cerdas

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
tetapi juga dapat menasihatiku
ketika aku berbuat salah

Seorang yang mencintaiku
bukan kerana kecantikanku
tetapi kerana hatiku

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat
terbaikku setiap waktu

Seorang yang dapat membuatku berasa
sebagai wanita ketika aku di sisinya.

Tuhanku . . .
Aku juga meminta,
Jadikanlah aku wanita yang
dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu
Sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku 


Tuesday, March 16, 2010

Lagu Tema Stanza Cinta


Lirik Lagu

STANZA CINTA

Berderai mata hatiku
Mendera semua harapan
Selaksa cintaku padanya
ikatan suci romantika naungan-Mu

Meski sejuta cinta menyapa
Masih cenderung ku padanya
Tuhan, satukan hati kami
Di bawah cinta alirkan bahagia di Redho-Mu

Kutidurkan mimpi indah ini
Pada-Mu yang menggenggam takdir
Kusandarkan harapanku ini…
Padamu Ya Ilahi…

Kan kusimpan dalam rongga hati
Stanza Cinta

Lirik: Nurull Halawati & Dodi Hidayatullah
Lagu: Dodi Hidayatullah


Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya

daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu.

Monday, March 15, 2010

Sinopsis Stanza Cinta

Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Dapatkan buku stanza cinta