Lirik Lagu
STANZA CINTA
Berderai mata hatiku
Mendera semua harapan
Selaksa cintaku padanya
ikatan suci romantika naungan-Mu
Meski sejuta cinta menyapa
Masih cenderung ku padanya
Tuhan, satukan hati kami
Di bawah cinta alirkan bahagia di Redho-Mu
Kutidurkan mimpi indah ini
Pada-Mu yang menggenggam takdir
Kusandarkan harapanku ini…
Padamu Ya Ilahi…
Kan kusimpan dalam rongga hati
Stanza Cinta
Lirik: Nurull Halawati & Dodi Hidayatullah
Lagu: Dodi Hidayatullah
Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya
daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu.
Jika kaufikir bahawa hidupmu
sedang menunggu sesuatu
Dan waktu terasa berlalu begitu saja
Allah sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kaufikir bahawa kau sudah mencuba
segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak
masuk akal dan kau berasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan
kau berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau
dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk
dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan
memanggilmu dengan namamu.
Ingatlah bahawa di mana pun kau atau
ke mana pun kau menghadap,
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar.
---------------------------------------------------------------------
Posted by Amni Sorfina@ nurull halawati..petikan dari Stanza Cinta
really nice song n lyric.
ReplyDeleteHope too get ur novel soon. :)
lirik yg best dan mnyentuh hati..
ReplyDeletelagu ni sgt menarik.. !!
ReplyDeletesaya suka sgt lagu ni
ReplyDelete