Bismillahirrahmanirrahim..sejuta syukur pdMu ya Rabbul Izzati,atas segala kemurahanMu..atas segala kasih sygMu yang tiada tara indahnya.
Hari ini..jumaat,..Sesuai dgn namanya penghulu segala hari, begitu aku merasa tenteram dan tenang. Pagi jumaat yg suram dan tenang ini membuat aku begitu sayu..entah mengapa sejak pagi tadi aku begitu tersentuh..tersentuh dgn suasana pagi yg begitu indah…tersentuh dgn cintaNya yg terlalu byk buatku…hingga membuat aku tersenyum sepanjang hari.
NikmatNya..cintaNya..hadir meresap dlm diriku. Inilah yg dinamakn nikmat ketenangan yg selalu aku dambakan dariNya. Hari ini begitu indah…begitu tenang..dan hari ini juga aku menitiskn airmata.kerana Dia memberi satu ilmu baru lagi dlm kehidupanku. Dia mengajar dan mendidik aku dgn suatu yg baru,,Dia ingin aku mengerti sesuatu…Dia ingin aku faham atas segala persoalnku selama ini…….
Semalam..sebelum terlelap dlm lena yg pnjg, aku memikirkn beberapa perkara, aku berdialog dgnNya..melontar sekadar beberapa harapan dn impianku pdNya..moga suatu hari Dia menghadirkan dan mewujudkn impianku itu. Dan pagi ini aku tahu…Dia menjawab pertanyaanku..:-)
Tadi aku membelek2 beberapa buku agama yg begitu menarik..sehingga tanpa sedar aku begitu kusyuk menghayatinya..tanpa kusedari juga air suam yg jernih itu melalui pipiku…Hari ini aku tahu perkara baru utk pelajaran hidupku…satu perkara yg akan aku pegang..akan aku katakan pd diriku selalu….
"Setiap kebaikan yang kita perolehi bermula dgn perkara yg buruk"
Aku baru tersedar akan perkara itu…aku terbaca beberapa kisah benar yg begitu membuat aku terharu akn cintaNya….siapalah aku sekadar diuji perkara yg remeh temeh.
Ada lebih ramai hambanya yg menerima ujian yg bukan sebarang. Sesuai dgn tahapnya…mmg Dia tidak salah membri ujian seberat itu krn Dia tahu hambanNya yg dipilih itu akan bisa melaluinya. Malah berjaya mengharungi kesusahan itu,hingga akhirnya terbayar dgn sebuah kebahagiaan yg tidak pernah dia bayangkn.
Utk setiap perkara buruk yg kita terima..kita hadapi…sebenarnya itulah permulaan utk kita mendapat sebuah kebaikan…percayalah!! aku tadi terbaca nukilan seorg hamba Allah yg menulis mengenai bapanya…dia pernah membenci bapanya..benci pd tangan yg pernah menampar pipinya sehingga bibirnya pecah krn menghisap rokok..dia membenci pandangn mata ayahnya krn memandangnya penuh marah tika dia malas belajr….terlalu byk kebenciannya..sehinggalah suatu hari dia tersedar krn segala itulah..dia menjadi dirinya hari ini.
Kerana tgn bapanya itulah dia shingga kini tidak merokok lagi..kerana kegarangan ayahnya dia menjadi seorg yg berjaya kini..mnjadi seorg yg disiplin…..dan saat ayahnya meninggal dunia…dia memndikan ayahnya dgn penuh kasih syg. Diusapnya tgn tua yg pernah memukulnya dulu..diusapnya kaki tua yg pernah membanting tulang memerah kudrat demi anak2 nya dgn linangan airmata..diusapnya perlahan pipi abahnya yg berkedut itu dgn penuh kasih syg.
Saat itu baru dia tersedar,betapa org tua itu begitu mengasihi anaknya.
Kerana ketegasannya..barulah anaknya terdidik mnjadi insan terbaik hari ini…mengapa begitu lambat utk kita sedari..betapa perkara buruk yg kita terima hari ini sebenarnya utk kebaikn kita dimasa depan.??
Aku menitiskn airmata…begitu sayu ku rasa jauh diperdu hati. Lantas aku menilai diriku…utk setiap kesusahn dn ujian yg aku alami..baru aku tahu..kesemua itulah yg membuat aku jadi begini hingga saat ini. Hingga aku jadi begitu tabah…begitu berani berjuang utk keadilanku..begitu bersemangat menghadapi hari hariku, kerana aku pernah melalui pelbagai2 mcm ujian drNya..utk kesemua ujian Nya itu..aku benar2 berterima kasih pdNya.
Baru kini aku tahu..setiap kebaikan itu dimulai dgn kesusahan….Kita tidak tahu menilainya hingga saat bahagia itu dtg..baru kita tersedar takdir Tuhan..baru kita tersedar kasih sygNya. Aku bersyukur pdNya…krn membuat aku sedar ttg perkara ini. Selepas ini, andai ada lagi ujian yg maha hebat utkku…aku berjanji utk belajar menrima..belajar utk percaya bahawa akan ada kebaikan utkku dimasa depan kelak. Pernah seorg kawan berkata padaku…setiap semester pasti aku akan bertembung dgn masalah2 besar..aku pun sedar pkr itu..bila difikir2 balik..mmg iya.
Bermacam2 yg aku lalui…hingga pernah aku terpikir kenapa kawan2 ku yg lain tidak sepertiku..??tapi itu saat aku masih mentah dlm menilai erti kehidupan. Kini aku semakin dewasa..kematanganku seiring dgn segala yg ujian yg Dia beri, dgn segala ujian itu, aku begitu bersyukur pdNya.
Aku gembira dgn segala pengalaman yg aku lalui..manis dan pahit itu asam garam kehidupan yg membuat hidup ini lagi indah dan menarik.
Aku beruntung krn jalan yg aku lalui tidak begitu membosankan. Jalan yg aku lalui penuh liku2…penuh onak ranjau dan duri..dan dgn itu aku menjadi lebih berhati2 dlm jalan yg aku lalui.
Bagaimana jika jalan yg aku lalui begitu lancar, terlalu lurus dan tiada cacat celanya?? Pasti aku tidak reti utk mengenalNya..pasti aku tidak tahu utk bersyukur pdNya..pasti aku begitu begitu lalai dn jauh darinya..kerana jalan yg dilalui terlalu senang dn sempurna, lantas tiada apa yg ingin dipinta lagi darinya…tiada apa lagi utk aku mengadu dan bersimpuh dihadapanNya.
Lalu..alhamdulillah atas jalan bersimpang siur yg aku lalui ini. Aku belajar menjadi seorg yg berhati-hati didalam setiap langkahku..aku belajar menjadi sgt peka pada kemungkinan yg akan tiba..aku belajar utk mengenal cintaNya..dan segalanya aku belajar utk menjadi manusia yg tahu bersyukur…tahu bersujud pd keagunganNya.
Lantas kini, aku jadi takut andai segalanya begitu lancar..aku jadi takut jika Dia tidak memberi aku ujian lagi..bimbang Dia tidak lagi memandang padaku..bimbang amat!!
Tuhan..aku tidak akan gusar lagi dgn ujianMu..bantu daku selalu..didiklah diriku dgn hikmahMu yg Maha Besar itu..didiklah daku dgn ujian2 Mu,,moga dgn cara itu aku menjadi hambaMu yg tidak mudah lupa diri. Engkau lebih mengenali diriku lebih dari aku mengenal diriku sendiri….maka ajar aku
Tuhan..Tetapkanlah aku dijalanMu. Biar dibumi manapun aku tercampak, moga dlm hati ini hanya ada cintaMu. Walau kedunia manapun aku berdiri, pastikan iman ini seiring dgnMu..tidak terhakis walau sedikitpun.
Sehinggalah saat terakhir aku melihat duniaMu..pastikan hati ini..cinta ini..beriman pdMu dgn sepenuh hatiku. Tiupkanlah cintaMu selalu dlm sanubari ini..moga cintaku akan selalu bertasbih untukMu….:-)
Salam...bukan mudah untuk mendapat cinta Tuhan melainkan mereka yang benar2 fahami dan hayati makrifah padaNya dan berjuang untuk agamaNya...syukran atas tazkirah itu
ReplyDelete