Tuesday, July 19, 2011

Drama Stanza Cinta

Jangan lupa saksikan drama STANZA CINTA di TV3 - Ahad - 9 mlm - 13 episod. Bagi sesiapa yg terlepas atau ingin menontonnya lagi, boleh men-download-nya di link di bawah ini (klik shj) :






Stanza Cinta - E6

Stanza Cinta - E7

Stanza Cinta - E8

Stanza Cinta - E9

Stanza Cinta - E10

Stanza Cinta - E11

Stanza Cinta - E12

Stanza Cinta - E13

Saturday, June 4, 2011

Novel & Drama 'Stanza Cinta' - Nurull Halawati


ALHAMDULLILAH...NASKHAH STANZA CINTA KINI BERADA DALAM BENTUK DRAMA TERBITAN GRAND BRILLIANCE TV3, DIARAHKAN OLEH ALONG KAMALUDIN...
SEMOGA DRAMA INI MAMPU MEMBAWA 1 RIBU KEBAIKAN UNTUK SEMUA PENONTON.

"HAYATI, RASAI DAN CINTAI ANUGERAH CINTA DARI PEMILIK SEGALA CINTA"
-SALAM PERJUANGAN
 NURULL HALAWATI (PENULIS)

Thursday, October 7, 2010

KEREDHAAN ITU HARUS DICARI, BUKAN DINANTI!!



"SEDIKIT PETIKAN DARI NUKILAN NOVEL STANZA CINTA"


Warkah dari Taufiq Imran kepada Amni Sorfina.......
Hadirnya menghilangkan duka dan tangis Amni yang kelelahan...
Menyejukkan relung hati...
Mendamaikan sekeping hati yang hancur luluh..
Dek ujian hidup yang tiada berkesudahan..

                                                                     x x x x x x x x x x

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita”- Al Ahqaf 46:13.

Bersihkan Jiwamu dahulu, pasti Tuhan akan membantu!!
Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya

Jika mendapat ujian kesusahan hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku"
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"

Tatkala dirinya mendapat nikmat
Dia merasa malu dengan Tuhannya
Kerna merasa dirinya tidak pantas menerima nikmat itu
Hatinya gelisah"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini?
“Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?"
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
Kerna nikmat itu masih menjadi tanda tanya

Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya…dia redha
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
Kerna dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan segala sesuatu

Bila disusahkan orang, terus teringat akan dosanya
"Kerana dosa akulah aku disusahkan."
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan
Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya

Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya,
Bila-bila waktu sahaja bisa menjemput.
Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus dilupakan sahaja
Kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebalikny

Kakinya di dunia…namun hatinya sentiasa bersama Allah
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat..
Dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya

Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya..!!!


Ukhti...
Jika kita mengeluh dan memarahi taqdir..sebenarnya kita juga tanpa sedar telah memarahi pengatur alam ini..iaitu Allah! Kerna siapa sahaja yang menurunkan semua ujian dan kesusahan ini jika bukan daripada Allah. Jika kita benci dan marah sekali dengan ujian ini..berarti kita juga benci dan marah sekali kepada-Nya. Mengapa tidak dicontohi teladan terbaik daripada Rabiatul Adawiyah..yang ketika ditanya oleh Sufyan Al Thauri “Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?”

Lalu Rabi’atul-adawiyyah menjawab, “Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?”

Pernahkah anti mendengar kisah Rabiatul Adawiyah yang bertemu dengan lelaki yang sedang sakit?

Suatu hari, Rabi’atul-adawiyyah sedang melihat seorang lelaki berjalan dengan kepalanya yang berbalut. Beliau bertanyakan kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala.

Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Berapa umurmu?”
Jawab orang itu, “Tiga puluh.”
Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Hingga hari ini begaimana keadaanmu?”
Kata orang itu, “Sihat-sihat sahaja.”

Lalu Rabi’atul-adawiyyah berkata, “Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali?? Dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!”

Subhanallah!! Begitu tinggi sekali cinta yang digambarkan wanita sufi penghuni syurga itu buat kekasihnya. Alangkah indahnya andai kita juga bisa mencintai Allah sehebat cinta Rabiatul Adawiyah kepada-Nya.

Ana menasihati anti kerana merasa bertangunggjawab untuk menyatakn hal ini. Ana tidak mahu melihat anti terus-terusan dalam keadaan berdukacita seperti itu. Hati dan cinta yang ada tautkanlah seluruhnya untuk Allah…nescaya di situ anti akan menemukan jalan kebahagiaan darinya. Carilah cintaNya..dan peluk selalu cinta itu jangan dilepaskan.

Andai semua orang yang anti sayangi di dunia fana ini meninggalkan anti suatu hari nanti….tetapi Dia tidak akan sekali-kali meninggalkan anti. Kerna cinta sesama makhluk itu bersifat fana, manakala cinta kepada Khaliq itulah cinta baqa’ yang kekal abadi hingga ke hari bumi ini hancur menjadi debu..hingga ke hari manusia dibangkitkan lagi di padang masyar kelak..dan hingga kesemua neraca keadilanNya tertegak di negeri sana..ketika itu cinta Nya masih lagi terus ada. Cinta-Nya yang tidak pernah berkurang…malah semakin bertambah walaupun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Sesuatu yang diamanahkan oleh Allah tidak akan hilang di waktu hilangnya di sisi manusia. Orang yang berhubung dengan Allah tidak akan rugi tetapi beruntung. Orang yang ditolong Allah tidak akan kalah…tetapi akan terus menang!

Akhirul kalam…semoga bicara ini bisa menyapu duka yang melitupi ruang hati anti. Afwan andai ada bicara ana di sini yang kurang menyenangkan anti. Kerna ana tidak bisa dituntut di padang masyar kelak jika ada kata-kata yang menyakiti hati anti. Ana pohon maaf yang sebesar-besarnya.

“Ingatlah…Yang menulis ujian atasmu adalah Yang menulis nikmat untukmu”.


Salam Penuh Perjuangan,
Taufiq Imran
Bandung, Indonesia.

Sunday, October 3, 2010

DO WHAT UR HEART IS TELLING YOU...!!!!


Sejenak...
Aku merenung masa depan..
Terkadang jauh aku membawa diri menyelusuri jalan2 silam
Lama aku bermonolog mencari buah-buah fikiran
Hingga akhirnya aku tersedar........

SUDAH BEGITU JAUH PENTAS DUNIAWI INI KU RENTASI!!!

Ada begitu banyak tawa dan kegembiraan yang telah aku perolehi
Malah tidak kurang juga ada begitu banyak airmata dan duka yang kudapatkan
Terkadang aku tertawa-tawa bahagia dengan anugerahMu
Terkadang aku menangis teresak-esak dengan ujian-Mu

Hingga pernah aku begitu lelah dengan langkahku

Ada begitu banyak nikmatNya yang aku dapat
Ada begitu banyak rahmatNya yang aku dakap
Ada begitu banyak ranjau dan onak yang terhampar untukku
Baik yang terdahulu dan untuk masa hadapanku

Semuanya menjadi satu.....

Ingin mengeluh tetapi aku terlalu TAMAK membayangkan nikmat-nikmat-Nya yang kuperolehi
Ingin meminta tetapi merasakan terlalu sedikit aku memberi pada-Nya
Ingin mengadu tetapi merasakan terlalu manja hingga tIdak betah diuji tuk kesekian kali
Ingin meratap tetapi merasakan aku yang tidak pernah memiliki apa-apa..lalu kesemua ini milikNya

Akhirnya..hanya yang aku punya....sebuah tangisan penuh hiba di pinggiran rahmat-Nya
Sebuah tangisan tanpa bicara..tanpa suara..tanpa rintihan..
Aku hanya mampu menangis..menangis..dan menangis dalam sujudku...
Sujud yang tidak mahu ku angkat wajah ini,,,,
Biar Dia mengerti sendiri dari kedalaman hatiku..
Apa jua rasa dan luahan yang bersarang dalam hati..
Yang tidak bisa aku ungkapkan dengan bicara kata

Hanya satu yang ku pohon.......
"Tuhan..........tolong jangan tinggalkan aku walaupun sesaat dan sekelip mata cuma
Kerna aku tidak mampu walau sesaat, hidup tanpa cinta dan perhatianMu
Tidak mampu aku menempuh arus duniawi ini Ya Allah,
Tidak mampu aku bertahan dengan fatamorgana duniawi ini Ya Allah..
Tidak mampu aku kuat terus Ya Allah.
Andai Engkau tiada disisiku"

Disetiap kali  aku memerlukan-Mu
Kulihat langitMu yang terbentang luas..
Dapat kurasakan selaut cintaMu yang meluas untukku
Dan aku pun merasa kuat kembali dalam langkahku

"AKU KUAT KERANA MU YA ALLAH........."

Wednesday, June 9, 2010

DOSA SEBELAH BIJI MATA LEBIH BERAT DARI AMAL IBADAH SELAMA 500 TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah detik dn waktu senggang yg Allah anugerahkan ini. Masa lapang juga adalah REZEKI dariNya.

Ketika sedang memandu,sebuah ceramah telah membuatkan aku menggeleng-gelenggkan kepala..sungguh tidak sanggup mendengarnya...dn bergetar hebat seluruh anggotaku..membayangkan betapa takutnya aku akan situasi itu...terasa sgt2 tidak mampu ku bendung tangisan dn getaran di hati yang sebak tidak terkata....terima kasih ya Allah, mengingatkan aku hakikat diri yg berdosa....

Jadi..tersangatlah ingin aku kongsikan isi ceramah itu untuk peringatan kpd kita semua..yg sering alpa dan lalai..yg terkadang telah berbuat dosa didalam mncuba menjaga ketaatan kita kpdNya...merasa baik sedangkn dosa yg merimbun lebat...astaghfirullah al adzim..

--------------------

Dizaman dahulu kala,ada seorang lelaki alim , warak dan kerjanya hanya beribadah kepada Allah siang, malam pagi dan petang. Hari-hari dia berpuasa dan hari-hari bertahajjud kpd Allah. kerana kealimannya, maka dia mendapat "QARAMAH" dan kelebihan..sehingga di sebelah tempatnya tinggal ada sebatang anak sungai yg mengalir..supaya dia tidak perlu bersusah payah mencari air untuk berbuka puasa. Dn disebelah rumahnya juga ada sebatang pokok yang mengeluarkan banyak buah-buahan sehingga dia tidak perlu bersusah payah untuk membeli makanan utk berbuka puasa. Begitulah kasih syg Allah kpd hamba yg dekat dgnNya.

Diceritakan..hamba Allah ini beribadat selama 500 tahun lamanya( usia org2 zaman dahulu memang panjang2. tetapi, kata Nabi Muhammad, ummatku hanya kabanyakan berusia sehingga 60-70 tahun sahaja..huhu..).

Si hamba Allah yg alim ni berdoa kpd Allah supaya ketika mati dlm keadaan bersujud..dan dibangkitkn di Padang Masyar juga dlm keadaan bersujud. Dan..Alllah memakbulkan doa hmba alim ni dgn mati ketika bersujud dn dibangkitkn di padang masyar dlm keadaan bersujud.

Ketika dipanggil untuk menimbang amal kebaikan, Allah berfirman.."Wahai Malaikat, masukkanlah hamba ini ke dalam syurga dengan rahmat dari Ku.."

Namun....si hamba Allah ini membantah!!

"ya Allah, aku tidak mahu masuk ke syurga dengan rahmat-Mu..aku ingin masuk ke syurga dengan amal-amal ibadahku selama 500 tahun kpdMu tanpa henti2.."

Lalu Allah memperkenankan permintaan hamba alim ini. maka ditimbanglah segala amal kebaikan si alim ini yg beramal selama 500 tahun lamanya. maka...penimbang itu dengan banyaknya lebih turun kpd kebaikan....ibadatnya memang banyak dn berat!

Kemudian..tiba untuk menimbang amal kejahatannya....

Allah berfirman kpd malaikat.."Jangan ditimbang semua..ambillah sebelah biji matanya sahaja...."

Dan..malaikat pun meletakkan sebelah biji mata si alim tadi di atas neraca keadilan...dan..zupp..ternyata berat dosa sebelah biji mata itu ternyata jauh lebih berat...mengalahkan pahala dan amalan hamba Allah selama 500 tahun itu!!!

Sebelah biji mata itu shaja..dosanya lebih berat dari pahala beramal ibadah selama 500 tahun..masyaAllah....

Lalu Allah menyuruh malaikat mencampakkan hamba Allah itu ke dalam neraka. Ketika itu barulah si hamba Allah ini merayu2 dan merintih2 kpd Allah supaya memasukkan dia kedalam SYURGA ALLAH dengan rahmatNya...

Dan..dia pun dimasukkan ke syurga dengan RAHMAT ALLAH....bukan dengan pahalanya beribadat selama 500 tahun itu.

- - - - - - -

Aku menangis......terasa hina..bagai lumpur kotor yg tidak berguna..tiada nilai langsung disisi-Nya....

Siapalah aku......?? Untuk beribadah selama hayat yg ada ini juga masih merangkak-rangkak mencari dahan bertahan.....bagaimana nk menang neraca di padang masyar..andai dosa masih terasa begitu banyak...ibarat pepasir di lautan...........

Kerana itu betapa bergetarnya hatiku saat membayangkn ..nasibku di padang masyar kelak.....

- - - Moga ketakutan kita kpd hari pembalasan itu...memberikn kekuatan utk kita lebih mmbersihkn diri dari dosa2....agar diterima Allah...dn diberi RAHMAtNya kpd kita, meski dosa yg seluas langit dan bumi- - -

wallahu'alam bissawab.

nurull halawati
8 june 2010

Friday, May 21, 2010

KUPASAN LENGKAP-STANZA CINTA

KUPASAN KESELURUHAN NOVEL - STANZACINTA

Epilog

Kisah bermula dengan kehidupan Amni Sorfina yang bekerja sebagai muallimah/guru disekolah kebangsaan agama. Ia memaparkan pengalaman yang dilalui dan langkah baru dalam hidup Amni selepas tamat belajar di universiti dalam jurusan senibina. Turut diceritakan juga kisah persahabatan Amni yang terjalin atas nama Allah bersama Kak Bee.

Dan dalam episod ini turut diselitkan juga pengenalan watak Irfan, iaitu bakal tunang kepada Amni. Disini pembaca akan tertanya-tanya bagaimana Irfan mula hadir dalam hidup Amni. Ada beberapa persoalan yang mula dibangkitkan disini. Irfan bukanlah lelaki yang Amni impikan selama ini untuk dijadikan suami pilihan. Irfan bukanlah cinta pertama Amni. Terlalu sukar cinta Amni untuk diberikan kepada Irfan.

Siapakah dia lelaki yang berjaya bertakhta di hati Amni Sorfina selama ini. Mengapa Amni akhirnya memilih Irfan sebagai tunangnya??

Ada perkara yang begitu sulit diterjemahkan. Begitu sukar diungkapkan. Jalan hidup Amni Sorfina yang penuh liku tatkala segala impian dan angannya jauh sekali dari kenyataan.

“Apabila mimpi jauh dari kenyataan, aku terpaksa berdiri menghadapinya dengan seribu kemungkinan”- Amni Sorfina

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bab 1 -universiti

Didalam bab 1, barulah kisah Irfan dan cinta pertama Amni dikupas. Kisah hidup Amni di universiti yang mula mempertemukan Amni dan Mohamad Irfan Ikmal. Amni yang tidak pernah membuka pintu hatinya untuk Irfan. Meski Irfan sedaya upaya membuktikan cintanya yang tiada sempadan buat Amni. Ternyata cinta Amni terlalu mahal untuk dimiliki.

Irfan seorang pemuda yang terlalu baik, tetapi dia bukanlah lelaki yang diimpikan Amni selama ini. Meskipun Irfan memilikinya segalanya, rupa yang kacak, baik dan kaya raya. Apa yang dicari Amni tiada dalam diri Irfan. Irfan lelaki yang tersangat baik. Tetapi kurang sekali ilmu agamanya, sedikit sekali tahunya tentang hukum-hukum islam. Malah watak Irfan yang manja serta tidak tahu berdikari menambahkan lagi benci dihati Amni.

Amni memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbingnya menyelusuri jalan dakwah, dapat mendidiknya menjadi wanita solehah, mendidiknya menjadi zaujah yang terbaik. Dia mahu dipimpin dan bukannya memimpin.

Dalam tempoh itu, hadir Taufiq Imran yang berjaya membuka pintu hati Amni. Mengajar Amni erti cinta sejati yang diredhai Allah. Taufiq Imran juga yang membawa Amni ke jalan dakwah. Jalan yang lebih mendekatkan dirinya dengan Allah.

Taufiq ialah lelaki impian Amni Sorfina selama ini. Hadir dengan jatidiri yang penuh karisma, seorang ketua pimpinan dalam jemaahnya, seorang vokalis nasyid, seorang qari yang sangat bagus, malah seorang lelaki yang sangat soleh dan tawadhuk.

Pertama kali Amni Sorfina jatuh hati pada Taufiq tatkala mendengar bacaan Surah Al A’raf yang dibacakan Taufiq dgn penuh merdu dan syahdu. Saat itu Amni berbisik, “Aku mencintai-Nya kerana Allah. Aku mencintainya kerana agama yang ada padanya. Jika dia menghilangkan agamanya, maka hilanglah cintaku padanya………”. Itulah saat pertama kalinya Amni Sorfina jatuh cinta. Itulah juga saat pertama kalinya Amni merasa dadanya bergetar hebat dengan cinta.

Sungguh sempurna……..sama sekali seperti yang diidamkan Amni selama ini. Inilah lelaki yang dicarinya sepanjang hayat ini. Yang ingin diserahkan cintanya selama ini. Bukan pada sembarangan lelaki. Taufiq itulah lelaki sempurna dimatanya, yang didambakan Amni untuk dijadikan teman hidup. Terasa lengkap sudah pencariannya selama ini.

Namun…..ternyata taqdir Allah tidak sama dengan kehendak Amni Sorfina. Disini dikupas dengan mendalam bagaimana Amni Sorfina berhadapan dengan saat yang paling sukar dalam hidupnya…..bagaimana Amni belajar tersenyum ketika berada dalam derita yang mengguris jiwa, belajar bersangka baik dengan segala taqdir Allah buat-Nya. Bagaimana Amni belajar untuk mengenal hakikat “redha”, sedangkan perkara yang paling diingin-ingnkan selama ini, yang sejak sekian lama baru ditemui…kini terpaksa dilepaskan pergi.
Subhanallah………..
Apakah orang-orang beriman itu menyangka mereka sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji??(Al Ankabut ayat 2-3)

Inilah harga yang perlu dibayar Amni. Syurga Allah itu bukan murah harganya. Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin itu dengan jiwa dan harta mereka..dan memberi mereka dengan syurga(At Taubah ayat 111).

Memang terasa peritnya, memang terasa pedihnya..Amni menelan segala yang terhidang untuknya dengan penuh rasa tawaduk dan istiqamah. Jalan yang disediakan Tuhan dihadapan sana pastilah lebih baik. Kerana Amni yakin, Dia perencana yang Maha Hebat. Usah ditangisi akan taqdir-Nya...usah dikesali akan keputusan-Nya.

Disamping masalah Taufiq dan Irfan...ada dugaan lain yang bertandang silih berganti. Sahabat Amni yg tersayang diambil Allah ke sisi-Nya. Seolah-olah tidak pernah surut dari hidup Amni perkataan “derita” dan “ujian”. Aimata menjadi teman sejatinya. Namun........jauh diatas segalanya, setiap perkara itu menghidupkan lagi benih cintanya kepada Allah.

Amni tidak mengalah dengan ujian yang mendatang, tidak berputus asa dengan apa yang bukan miliknya, malah tidak pula bersangka buruk dengan Allah yang meletakkan jalan derita buat-Nya.

Suatu hari, pernah tersungkur juga dia...tidak mampu berdiri lagi meneruskan langkah tatkala ujian terasa begitu berat dan melelahkan. Namun Allah Yang Maha Penyayang tidak pernah meninggalkannya. Malah terus-terusan memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya..sehingga Amni mampu bangkit semula meneruskan langkahnya. Allah adalah kekuatannya!!

Jauh dari segalanya Amni tahu, hati yang derita dan penuh kesedihan miliknya itu lebih lunak, dan mudah pula dekat dengan Allah. Itulah sebenarnya kehendak Allah. Agar Amni Sorfina lebih tabah..dan lebih memerlukan Tuhannya. Kerana manusia itu sering kali lupa pada Tuhannya ketika berada dalam nikmat dan kesenangan. Tetapi, dekat sekali dengan Tuhannya ketika berada dalam kesusahan dan derita.

“Ya Allah........kuatkanlah hati daku untuk selalu ingat kepada-Mu dan jadikanlah kesusahan yang kualami ini sebagai cara untuk aku mendekati-Mu” – Amni Sorfina
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

EPISOD AKHIR (Sambungan epilog)

Akhir sekali..apakah yg menanti Amni.Siapakah yang dipilihnya. Apakah Irfan yang menagih janji ataupun Taufiq yang ditunggu-tunggu selama ini ???

Taufiq tiba-tiba hadir semula dalam hidupnya setelah hampir 2 tahun sunyi dari hidup Amni Sorfina. Ketika itu Amni sudahpun bersedia dan mula membuka hatinya untuk memilih Irfan sebagai teman hidupnya. Mereka bakal bertunang sedikit waktu lagi.

Lelaki yg didambakan Amni untuk dijadikan teman hidupnya selama ini ialah Taufiq Imran. Lelaki pertama yang dicintai Amni Sorfina adalah Taufiq. Kemunculan semula Taufiq seolah-olah membuka kembali lembaran baru dalam hidupnya. Ternyata selama ini Amni belum pernah melupakan Taufiq apatah lagi menyingkirkan Taufiq dari hatinya. Segala kisah silam yang terjadi bukan salah Taufiq. Amni tiada sebab untuk membenci Taufiq, malah tiada sebab pula untuk melupakan Taufiq. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga.

Akhirnya Taufiq memang benar-benar kembali dalam hidupnya. Bunga-bunga cintanya terasa kembali mekar…semekar cintanya pada Taufiq yang tidak pernah padam.

Tetapi mampukah Amni memungkiri janjinya pada Irfan. Mampukah Amni Sorfina menjadi pendusta dan munafiq. Yang mana apabila berjanji dia melanggar janjinya. Janji Amni untuk membawa Irfan mengenal Allah dengan lebih dekat, membimbing Irfan ke jalan dakwah, mengajar Irfan menjadi lelaki yang diadun dengan Al Quran.

Sedikit demi sedikit Amni nampak Irfan mula berubah. Amni lihat kesungguhan Irfan dalam berusaha. Amni tahu kejujuran hati Irfan. Tenyata Amni juga tiada sebab untuk menolak Irfan begitu sahaja. Tidak tergamak untuknya mematahkan sekeping hati yang begitu tulus dan suci mencintainya. Saat berita buruk menimpa keluarga Irfan..Irfan lebih memerlukannya. Irfan lebih perlukan sokongan dan dokongan dari Amni.

Lalu, apakah pilihan yang Amni miliki. Kedua-duanya lelaki yang terlalu baik..terlalu baik untuk disakiti hatinya. Tetapi Amni harus memilih kerana dia tidak bisa memilih keduanya. Ada hati yang akan terluka..ada jiwa yang pasti terguris.

Amni perlukan seorang suami yang mampu membimbingnya..bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Kerana dia hanya seorang wanita yang dijadikan dari tulang rusuk seorang lelaki. Baginya, lelaki itu adalah pemimpin. Pengemudi bahtera yang bakal dinaikinya.

Tetapi, dalam masa yang sama Amni merasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dikorbankan perasaan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah. Cinta itu bukan kerana terpaksa dan kasihan…..tetapi Amni tidak mampu mengatakan perkara sekejam itu kepada Irfan………!!

Siapakah yang akhirnya dipilih Amni Sorfina. Keputusan yang harus dibuat bukan sembarangan. Sekali lagi taqdir mengujinya. Tegakah dia melukakan hati seseorang demi memenuhi impian dan kehendak hatinya selama ini.

Akhirnya........kepada Allah jualah Amni Sorfina merintih, mengadu dan mohon petunjuk terbaik. Amni mencari nur cinta Tuhannya.....kerana dengan cahaya cinta itu sahaja bisa menjawab segala persoalan hidupnya. STANZA CINTA adalah perjalanan Amni Sorfina dalam mencari Nur cinta Illahi. Demi mendapatkan cinta makhluq-Nya…terlebih dahulu harus dicari cinta yang hakiki. Cinta yang tidak pernah surut atau berkurang itu pastilah cinta dari illahi..malah sering bertambah meskipun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Sekian..STANZA CINTA nukilan dari Nurull Halawati Haron (Halawatul Iman). Tuhan…….ku mencari-mencari cinta…akhirnya ku temui cahaya cinta sejati milik-Mu. Ingin ku peluk cinta dan rindu ini…biar tidak sekali-kali Engkau jauh dariku. Ingin ku nyatakan pada dunia...aku bangga menjadi makhluk-Mu!!Aku bangga menjadi khalifah yang dicintai-Mu.

Friday, April 9, 2010

TIDAK KU IMPI YG SEMPURNA..KERNA HIDUP INI SALING MELENGKAPI

Tidak Ku impi…..

Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,

Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,

Aduhai bakal suamiku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…

Amien…

STANZA CINTA 2010@AMNI SORFINA

Thursday, April 8, 2010

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

"Seandainya engkau tahu berapa lagi umurmu yang masih tersisa,
Maka engkau akan melupakan angan-angan panjangmu.
Wahai manusia, dengan kesihatan yang Ku berikan kepadamu,
Engkau kuat untuk mentaati Aku,
Dan dengan Taufik yang Aku anugerahkan kepadamu,
Engkau dapat menunaikan tanggungjawab kepadaKU juga,
Dengan rezeki yang Ku curahkan kepada mu juga,
Engkau kuat berbuat maksiat kepada KU.
Dan dengan kemahuan yang ku berikan kepadamu,
Engkau dapat berkehendak apa yang engkau inginkan
Dan dengan iradahKu engkau mempunyai kemahuan bagi dirimu,
Dan dengan nikmat Ku engkau boleh berdiri, duduk dan pulang;
Dan dengan pemeliharaanKU engkau dapat berpagi pagi dan berpetang-petang,
Dan kerna kurniaanKU engkau hidup, ; dan didalam nikmatKU engkau boleh berpusing,
Dan dengan kesihatan yang KU berikan, engkau dapat berhias,
KEMUDIAN ENGKAU MELUPAKAN AKU DAN MENGINGAT SELAIN KU?...
MENGAPAKAH ENGKAU TIDAK MENUNAIKAN HAK-HAK KU DAN MENSYUKURIKU"

(dipetik dari pengajaran ke 20) NASIHAT DAN BIMBINGAN HADITH QUDSI IMAM AL-GHAZALI

Bismillahirrahmanirrahim….alhamdulillah hari ini ana masih lagi diberi nyawa oleh Allah..untuk meneruskn lagi kehidupan ini. Untuk menunaikan segala tangungjwb yg telah diamahkan olehNya…tanggungjawabku sbg seorang hamba, sbg seorang ummat, sebagai seorang anak.

Baru-baru ini semasa ber KBM di Rawang, ana diuji Allah. Bila sakit baru terasa nikmatnya sihat itu. Mmg manusia itu jarang beryukur, jarang menghargai sesuatu hingga ia hilang dimata..hingga bila nikmat itu ditarik, barulah tersedar dan terasa betapa indahnya nikmat itu. Tidak perlu melihat jauh, hanya lihat pada nikmat gigi yang dberi Allah pada kita. Semasa cukup semua gigi, senang nak makan, senang nak mengunyah…….jarang sekali kita mengucap syukur akan nikmat ini. Tapi, bila udah tua, gigi pun semua dah tiada, nak makan susah..nak kunyah pun tak boleh…bila semua dah tak boleh nak guna, baru terfikir”Alangkah indahnya nikmat bila ada gigi..”. Hurm..begitulah ibaratnya kita semua degan semua nikmat yg dianugerahkan Allah. Kita tak kan pernah mengenal erti syukur selagi nikmat itu belum diambil dari kita. Astaghfirullah hal adzim.....

Ana menangis mengenangkan diri yang jarang bersyukur. Diri yg selalu alpa bila tidak diuji. Namun ana tidak pernah lupa pada saat ana diserang Deman Denggi 3 tahun yg lalu...saat ana merasa semakin hampir dgn kematian..tidak mampu untuk bangun..badan semuanya terasa lelah dn letih...saat itu ana ada terfikir.. “Subhanallah.,.indahnya rasa sihat itu. Selama ni ana rasa sihat tapi tak pernah bersyukur dengan nkmat itu. Terlupa ana bahawa nikmat itu bisa ditarik Allah bila-bila pun yg Dia mahu”.

Lalu saat itu ana menangis teresak2 kerana malu amat pada-Nya. Sebenarnya selagi kita masih sihat, masih mampu berjalan, mampu berkata-kata, mampu mendengar, mampu bekerja dgn baik.mampu belajar..semuanya itu nikmat yg dipinjam ALLAH untuk kita. Bukan dgn sendirinya kita mampu berdiri dan melakukan semuanya. Kita tidak mungkin melakukan semuanya degn sendiri….semuanya kerana nikmat dan pertolongan Allah yg Maha Penyayang…!!! Tetapi hamba Allah..iaitu kita semua terlalu bongkak walau hanya untuk berterima kasih dn bersyukur padaNya yg Pemberi segala nikmat………….!

Baru-baru ini semasa KBM di Rawang ana diserang sakit gastrik. Dah lama rasanya tidak diserang gastrik. Petang tu ana berasa perut agak tidak selesa dan tidak berselera untuk makan. Kebetulan menu ptg itu gulai lemak. Ana mmg tidak gemar masak gulai lemak. Lalu petang itu ana tidak makan apa2. fikir ana mungkin tiada apa2 yg terjadi. Tetapi lain jadinya, bila maghrib tu dah terasa pedih perut. Selesai solat maghrib, ana minta tolong pada Mak Ndak yg kebetulan hendak ke kedai makan utk belikan susu panas. Selalunya bila gastric minum susu boleh kurangkan sikit rasa pedih perut. Tetapi ternyata tidak menjadi. Malam tu lepas solat isyak..apabila program mula berjalan…perut terasa makin pedih dan sakit kepala. Angin dah naik ke kepala..selalunya kalau mcm tu mmg dah teruk. Ana minta panadol pada fasi untuk menghilangkan rasa sakit..tetapi tidak berkesan. Malah lebih sakit kerana ana makan ubat dengan perut yang kosong. Akhirnya pada pukul 2pagi Pak Ndak dn Mak Ndak membawa ana ke klinik 24 jam. Pada mulanya ana tidak mahu menyusahkan mereka, tetapi kata Pak Ndak jika dibiarkan mmg lagi bahaya. Terima kasih byk2 pada Pak Ndak dan Mak Ndak yg telah bersusah payah membantu ana. Jazakumullah khairan kathira.

Semasa dlm perjalanan ke klinik, ana tiba2 terbayang pd wajah sahabat karib ana, Arwah Umairah. Dia meninggal kerana kanser perut. Malah sewaktu KBM di Hulu Langat minggu lepas, ada seorg fasi akhwat, Adik Fatimah yg menegur ana. Katanya muka ana mengingtkn dia pada seseorg. Katanya seperti Kak Umairah. ana juga punya kwn baik yg telah meninggal bernama Umairah. malah kwn2 juga ramai kata muka ana sama dengan arwah. Rupa2nya kami bercakap ttg org yg sama. Arwah Umairah merupakan kakak usrah kpd Fatimah. Subhanallah…………

Lalu semasa dlm perjlanan, ana bersembang bersama Mak Ndak ttg kwn baik ana yg meninggal krn kanser perut. Cerita punya cerita, rupanya Mak Ndak kenal juga dgn arwah Umairah. dia anak kpd akhwat JIM juga. Subhanallah..ramai org yg mengenalimu sahabat. Ana benar-benar rindukan dia……sehingga pernah beberapa kali ana bertemunya dlm mimpi. Dia tersenyum indah memandang ana……..ternyata umairah berbahagia disana. Ya Allah..lindungi sahabatku disana………ketemukan kami disyurgaMu ya Allah…ajari daku berakhlak mulia dan solehah seperti sahabatku itu. Dia antara sahabat terbaik yg pernah kukenali..yg sehingga kini ku kagumi kebaikannya. Kesolehannya…

Akhir kata…….ku bersyukur dengan nikmat sihat ini ya Allah. Dengan nikmat KEHIDUPAN ini ya Allah. Aku masih bernyawa hingga kini ya Allah..jantung ini masih berdetak ya Allah...syukurku padaMu ya Rabbi kerana masih memberi aku ruang kehidupan untuk aku menunaikan segala amanah yg dipertanggujawabkan padaku. Paling utama tggungjwb sbg khalifah-Mu...............Jadikan kehidupan ini tempat untuk aku menambah sebanyak-banyak amal padaMu..dan jadikan kematianku sebagai istirehat daripada melakukan dosa-dosa. Amiin.........

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Dapatkan buku stanza cinta