Thursday, October 7, 2010

KEREDHAAN ITU HARUS DICARI, BUKAN DINANTI!!



"SEDIKIT PETIKAN DARI NUKILAN NOVEL STANZA CINTA"


Warkah dari Taufiq Imran kepada Amni Sorfina.......
Hadirnya menghilangkan duka dan tangis Amni yang kelelahan...
Menyejukkan relung hati...
Mendamaikan sekeping hati yang hancur luluh..
Dek ujian hidup yang tiada berkesudahan..

                                                                     x x x x x x x x x x

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita”- Al Ahqaf 46:13.

Bersihkan Jiwamu dahulu, pasti Tuhan akan membantu!!
Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya

Jika mendapat ujian kesusahan hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku"
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"

Tatkala dirinya mendapat nikmat
Dia merasa malu dengan Tuhannya
Kerna merasa dirinya tidak pantas menerima nikmat itu
Hatinya gelisah"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini?
“Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?"
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
Kerna nikmat itu masih menjadi tanda tanya

Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya…dia redha
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
Kerna dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan segala sesuatu

Bila disusahkan orang, terus teringat akan dosanya
"Kerana dosa akulah aku disusahkan."
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan
Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya

Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya,
Bila-bila waktu sahaja bisa menjemput.
Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus dilupakan sahaja
Kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebalikny

Kakinya di dunia…namun hatinya sentiasa bersama Allah
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat..
Dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya

Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya..!!!


Ukhti...
Jika kita mengeluh dan memarahi taqdir..sebenarnya kita juga tanpa sedar telah memarahi pengatur alam ini..iaitu Allah! Kerna siapa sahaja yang menurunkan semua ujian dan kesusahan ini jika bukan daripada Allah. Jika kita benci dan marah sekali dengan ujian ini..berarti kita juga benci dan marah sekali kepada-Nya. Mengapa tidak dicontohi teladan terbaik daripada Rabiatul Adawiyah..yang ketika ditanya oleh Sufyan Al Thauri “Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?”

Lalu Rabi’atul-adawiyyah menjawab, “Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?”

Pernahkah anti mendengar kisah Rabiatul Adawiyah yang bertemu dengan lelaki yang sedang sakit?

Suatu hari, Rabi’atul-adawiyyah sedang melihat seorang lelaki berjalan dengan kepalanya yang berbalut. Beliau bertanyakan kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala.

Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Berapa umurmu?”
Jawab orang itu, “Tiga puluh.”
Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Hingga hari ini begaimana keadaanmu?”
Kata orang itu, “Sihat-sihat sahaja.”

Lalu Rabi’atul-adawiyyah berkata, “Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali?? Dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!”

Subhanallah!! Begitu tinggi sekali cinta yang digambarkan wanita sufi penghuni syurga itu buat kekasihnya. Alangkah indahnya andai kita juga bisa mencintai Allah sehebat cinta Rabiatul Adawiyah kepada-Nya.

Ana menasihati anti kerana merasa bertangunggjawab untuk menyatakn hal ini. Ana tidak mahu melihat anti terus-terusan dalam keadaan berdukacita seperti itu. Hati dan cinta yang ada tautkanlah seluruhnya untuk Allah…nescaya di situ anti akan menemukan jalan kebahagiaan darinya. Carilah cintaNya..dan peluk selalu cinta itu jangan dilepaskan.

Andai semua orang yang anti sayangi di dunia fana ini meninggalkan anti suatu hari nanti….tetapi Dia tidak akan sekali-kali meninggalkan anti. Kerna cinta sesama makhluk itu bersifat fana, manakala cinta kepada Khaliq itulah cinta baqa’ yang kekal abadi hingga ke hari bumi ini hancur menjadi debu..hingga ke hari manusia dibangkitkan lagi di padang masyar kelak..dan hingga kesemua neraca keadilanNya tertegak di negeri sana..ketika itu cinta Nya masih lagi terus ada. Cinta-Nya yang tidak pernah berkurang…malah semakin bertambah walaupun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Sesuatu yang diamanahkan oleh Allah tidak akan hilang di waktu hilangnya di sisi manusia. Orang yang berhubung dengan Allah tidak akan rugi tetapi beruntung. Orang yang ditolong Allah tidak akan kalah…tetapi akan terus menang!

Akhirul kalam…semoga bicara ini bisa menyapu duka yang melitupi ruang hati anti. Afwan andai ada bicara ana di sini yang kurang menyenangkan anti. Kerna ana tidak bisa dituntut di padang masyar kelak jika ada kata-kata yang menyakiti hati anti. Ana pohon maaf yang sebesar-besarnya.

“Ingatlah…Yang menulis ujian atasmu adalah Yang menulis nikmat untukmu”.


Salam Penuh Perjuangan,
Taufiq Imran
Bandung, Indonesia.

Sunday, October 3, 2010

DO WHAT UR HEART IS TELLING YOU...!!!!


Sejenak...
Aku merenung masa depan..
Terkadang jauh aku membawa diri menyelusuri jalan2 silam
Lama aku bermonolog mencari buah-buah fikiran
Hingga akhirnya aku tersedar........

SUDAH BEGITU JAUH PENTAS DUNIAWI INI KU RENTASI!!!

Ada begitu banyak tawa dan kegembiraan yang telah aku perolehi
Malah tidak kurang juga ada begitu banyak airmata dan duka yang kudapatkan
Terkadang aku tertawa-tawa bahagia dengan anugerahMu
Terkadang aku menangis teresak-esak dengan ujian-Mu

Hingga pernah aku begitu lelah dengan langkahku

Ada begitu banyak nikmatNya yang aku dapat
Ada begitu banyak rahmatNya yang aku dakap
Ada begitu banyak ranjau dan onak yang terhampar untukku
Baik yang terdahulu dan untuk masa hadapanku

Semuanya menjadi satu.....

Ingin mengeluh tetapi aku terlalu TAMAK membayangkan nikmat-nikmat-Nya yang kuperolehi
Ingin meminta tetapi merasakan terlalu sedikit aku memberi pada-Nya
Ingin mengadu tetapi merasakan terlalu manja hingga tIdak betah diuji tuk kesekian kali
Ingin meratap tetapi merasakan aku yang tidak pernah memiliki apa-apa..lalu kesemua ini milikNya

Akhirnya..hanya yang aku punya....sebuah tangisan penuh hiba di pinggiran rahmat-Nya
Sebuah tangisan tanpa bicara..tanpa suara..tanpa rintihan..
Aku hanya mampu menangis..menangis..dan menangis dalam sujudku...
Sujud yang tidak mahu ku angkat wajah ini,,,,
Biar Dia mengerti sendiri dari kedalaman hatiku..
Apa jua rasa dan luahan yang bersarang dalam hati..
Yang tidak bisa aku ungkapkan dengan bicara kata

Hanya satu yang ku pohon.......
"Tuhan..........tolong jangan tinggalkan aku walaupun sesaat dan sekelip mata cuma
Kerna aku tidak mampu walau sesaat, hidup tanpa cinta dan perhatianMu
Tidak mampu aku menempuh arus duniawi ini Ya Allah,
Tidak mampu aku bertahan dengan fatamorgana duniawi ini Ya Allah..
Tidak mampu aku kuat terus Ya Allah.
Andai Engkau tiada disisiku"

Disetiap kali  aku memerlukan-Mu
Kulihat langitMu yang terbentang luas..
Dapat kurasakan selaut cintaMu yang meluas untukku
Dan aku pun merasa kuat kembali dalam langkahku

"AKU KUAT KERANA MU YA ALLAH........."

Dapatkan buku stanza cinta